Skip to main content
✦ Pembukaan November 2026 · Voucher RM99 terhad untuk 200 pelanggan pertama Tuntut sekarang →
Tuntut voucher

Premium Women Aesthetic & Wellness · Kota Bharu

Penjagaan premium, kemewahan mampu milik.

Program wellness & aesthetic khas untuk wanita, dalam persekitaran wanita sahaja. Dibuka November 2026. Tuntut voucher RM99 anda sekarang dan tempah bila-bila masa.

  • Persekitaran wanita sahaja
  • Pelan rawatan peribadi
  • Selamat & profesional
Voucher Allurv bernilai RM99
Terhad 200 pax sahaja
Penjagaan pakar
Pelan rawatan peribadi
Teknologi terkini
Selamat & profesional
Minda, badan & keyakinan

Promosi pembukaan

Satu voucher RM99. Tujuh pilihan rawatan.

Pilih satu rawatan, tuntut voucher anda dalam masa kurang seminit, kemudian tempah slot mengikut masa yang sesuai.

Terhad 200 pax

Pra-pelancaran

Harga asal RM299. Selepas 200 pax, harga kembali RM299.

  • Premium Head Spa 40–60 minit

    Relaksasi mendalam untuk kulit kepala sihat, rambut berkilau dan minda yang tenang.

    RM99RM299

  • Hotstone Therapy 30–40 minit

    Urutan batu panas untuk melegakan ketegangan otot, melancarkan aliran darah dan mengurangkan stres.

    RM99RM299

  • Bekam Angin 10 cup

    Membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan lenguh badan.

    RM99RM299

Beli sekarang, guna kemudian

Wellness Deals

Harga asal RM129. Voucher sah selama 3 bulan.

  • Glow

    Basic facial + hydration.

    RM99RM129

  • Relax

    Foot soak + foot treatment + relaksasi bahu & leher.

    RM99RM129

  • Slimming

    Rawatan slimming untuk 1 bahagian badan.

    RM99RM129

  • Intimate Wellness

    Sesi otot lantai pelvis (pelvic floor).

    RM99RM129

Tuntut voucher

Dapatkan voucher RM99 anda

  1. 1 Isi borang dengan nama, nombor telefon dan rawatan pilihan.
  2. 2 Terima kod voucher serta-merta dan muat turun voucher (PDF).
  3. 3 WhatsApp kami untuk tempah slot, dan tunjukkan voucher semasa hadir.
Contoh voucher Allurv RM99
[allurv_voucher_form]
Terma & syarat voucher RM99+
  1. Promosi ini hanya sah untuk pelanggan baharu yang pertama kali mendapatkan perkhidmatan di Allurv.
  2. Setiap voucher sah sehingga tarikh luput yang dinyatakan pada voucher dan hendaklah ditebus sebelum tarikh tersebut.
  3. Setiap voucher melayakkan pemegang kepada satu (1) sesi rawatan sahaja, mengikut perkhidmatan atau pakej promosi RM99 yang dipilih.
  4. Voucher hendaklah dikemukakan sebelum rawatan dimulakan.
  5. Voucher yang telah tamat tempoh tidak akan diterima.
  6. Hanya satu (1) voucher dibenarkan bagi setiap individu untuk setiap kunjungan dan hanya sah untuk penebusan kali pertama.
  7. Voucher tidak boleh dipindah milik, ditukar kepada wang tunai atau produk, dan tidak akan diganti sekiranya hilang, rosak atau dicuri.
  8. Kelewatan melebihi 15 minit boleh menyebabkan tempoh sesi dipendekkan atau janji temu dibatalkan. Tiada bayaran balik bagi nilai voucher yang tidak digunakan atau janji temu yang tidak dihadiri.
  9. Voucher mungkin tidak boleh digunakan dalam tempoh promosi tertentu, pada hujung minggu atau ketika musim puncak, tertakluk kepada budi bicara Allurv.
  10. Allurv berhak meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Pakej & harga

Program wellness & aesthetic untuk wanita

Pelan rawatan akan disesuaikan selepas konsultasi, mengikut keperluan dan matlamat anda.

Skin Treatments

  • Basic Facial Glow

    Basic facial treatment + PERCUMA urutan kepala & bahu

    RM129

  • Signature Glow

    Radiance serum / enhanced glow treatment

    RM199

  • Rejuvenates & Glow

    Rejuvenates & glow treatment

    RM699

  • Glass Skin Glow

    Radiance serum + Rejuvenates & Glow

    RM859

  • Premium Skin Revival

    Rejuvenates & Glow + LED / calming recovery + post-care kit

    RM999

  • Best value

    Rejuvenates & Glow Bundle

    3 sesi

    RM1,599

  • Flagship programme

    Allurv Skin Transformation

    Program transformasi kulit premium yang diperibadikan

    RM2,499

Body Sculpt

  • 6 + 1 PERCUMA

    6 sesi + 1 sesi percuma · jumlah 7 sesi

    RM599

  • 10 + 2 PERCUMA

    10 sesi + 2 sesi percuma · jumlah 12 sesi

    RM999

Kegel Wellness

  • 6 + 1 PERCUMA

    6 sesi + 1 sesi percuma · jumlah 7 sesi

    RM599

  • 10 + 2 PERCUMA

    10 sesi + 2 sesi percuma · jumlah 12 sesi

    RM999

Tidak pasti pakej mana sesuai? Tanya kami dahulu.

Tanya pakej via WhatsApp

Because you deserve

The best version of you

  • Konsultasi profesional
  • Selamat & berkesan
  • Produk premium
  • Penjagaan diperibadikan
Bilik pemeriksaan dengan mesin ultrasound
Bilik pemeriksaan dengan mesin ultrasound

Saringan kesihatan wanita

Saringan yang selalu ditangguh. Jom buat hari ini.

Banyak masalah payudara dan pangkal rahim tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Saringan berkala membantu mengesannya lebih awal, ketika rawatan lebih mudah.

01

Scan payudara

Sesuai jika anda ada ketulan, sakit, lelehan puting, perubahan kulit payudara, atau sejarah keluarga kanser payudara.

02

Scan ginekologi

Sesuai jika haid tidak teratur, terlalu banyak atau terlalu sakit, sakit ari-ari, atau untuk susulan cyst dan fibroid.

03

Pap smear + ujian HPV

Untuk wanita yang sudah berkahwin atau pernah melakukan hubungan seks. Doktor akan menasihatkan kekerapan saringan mengikut umur dan keputusan lepas.

Tempah saringan

Panduan ringkas

Kenali kulit anda

Ada empat jenis kulit utama. Ciri kulit mungkin berbeza bagi setiap individu.

Normal

Selesa, tidak terlalu berminyak atau kering.

Kering

Rasa tegang, kasar, mudah mengelupas atau gatal.

Berminyak

Cepat berkilat pada kebanyakan bahagian muka.

Kombinasi

T-zone berminyak, pipi normal atau kering.

Ujian 30 minit

Bare Face Test

  1. Cuci muka menggunakan pencuci lembut.
  2. Keringkan wajah secara perlahan.
  3. Jangan gunakan produk lain buat sementara waktu.
  4. Tunggu kira-kira 30 minit, kemudian perhatikan rasa dan kilatan kulit.
Selesa
mungkin normal
Tegang / mengelupas
mungkin kering
Berkilat seluruh muka
mungkin berminyak
Berkilat di T-zone sahaja
mungkin kombinasi

Ini hanya pemerhatian kendiri, bukan ujian diagnostik. Jangan hentikan ubat kulit yang dipreskripsikan semata-mata untuk ujian ini.

Kuiz 3 minit

Kulit saya jenis apa?

1. Selepas mencuci muka, kulit saya biasanya…

  • ASelesa
  • BTegang atau kering
  • CCepat berminyak
  • DKering di pipi, berminyak di T-zone

2. Menjelang tengah hari, wajah saya…

  • ATidak banyak berubah
  • BMasih kering atau kasar
  • CBerkilat hampir seluruh muka
  • DBerkilat pada dahi dan hidung

3. Keadaan pipi saya biasanya…

  • ANormal dan selesa
  • BKering atau mengelupas
  • CBerminyak
  • DNormal atau kering berbanding hidung

Paling banyak A = normal · B = kering · C = berminyak · D = kombinasi. Jika seri, pemerhatian lanjut diperlukan.

Jenis kulit ≠ masalah kulit

Kulit sensitif, dehidrasi, acne-prone, eczema, rosacea dan melasma ialah keadaan atau masalah kulit, bukan jenis kulit utama. Contohnya, kulit berminyak juga boleh mengalami dehidrasi.

Penjagaan asas untuk semua

  • Gunakan pencuci muka lembut yang sesuai.
  • Pakai pelembap mengikut keperluan kulit.
  • Sunscreen broad-spectrum SPF 30 ke atas. Ulang sapu setiap 2 jam di luar, atau selepas berpeluh/berenang.
  • Elakkan produk tidak berdaftar dan terlalu banyak bahan aktif serentak.

Bila perlu berjumpa doktor?

Jika jerawat teruk atau berparut, ruam berulang, kegatalan berpanjangan, tahi lalat berubah, atau luka tidak sembuh.

Tempah konsultasi kulit →

Cara tempahan

Tiga langkah mudah

  1. 1

    Tuntut voucher atau WhatsApp kami

    Beritahu rawatan yang anda mahu, atau apa yang anda risaukan.

  2. 2

    Pilih tarikh & waktu

    Kami cadangkan slot yang tersedia dan maklumkan persediaan, jika ada.

  3. 3

    Datang ke Allurv

    Tingkat 1, di atas Klinik 'Afiya. Bawa voucher anda jika ada.

Soalan lazim

Sebelum anda datang

Siapa layak menuntut voucher RM99?+

Pelanggan baharu yang pertama kali mendapatkan perkhidmatan di Allurv. Satu voucher bagi setiap individu, untuk satu sesi rawatan pilihan.

Bila Allurv mula beroperasi?+

Allurv dijangka dibuka pada November 2026. Anda boleh menuntut voucher sekarang dan menempah slot selepas kami dibuka.

Adakah pap smear sakit?+

Kebanyakan wanita rasa sedikit tidak selesa, bukan sakit. Prosedurnya ringkas dan hanya mengambil beberapa minit.

Apa beza pap smear dan ujian HPV?+

Pap smear memeriksa perubahan sel pada pangkal rahim. Ujian HPV mengesan jangkitan virus HPV berisiko tinggi, punca utama kanser pangkal rahim. Gabungan kedua-duanya memberi gambaran yang lebih lengkap.

Bila waktu sesuai untuk pap smear?+

Elakkan semasa haid. Waktu terbaik ialah kira-kira 1 hingga 2 minggu selepas haid tamat. Elakkan hubungan seks, douche atau ubat faraj selama 48 jam sebelum ujian.

Perlu buat persediaan untuk scan ginekologi?+

Untuk scan melalui perut, anda mungkin diminta minum air dan menahan kencing sebelum scan supaya rahim lebih jelas. Kami akan maklumkan semasa tempahan.

Perlu buat temujanji dahulu?+

Digalakkan. WhatsApp kami dahulu supaya kami boleh sediakan slot untuk anda dan mengurangkan masa menunggu.

Lokasi kami

Tingkat atas Klinik 'Afiya, Kota Bharu

Lot 1524 & 1525, Tingkat 1, Jalan Kuala Krai,
Kg. Kota, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Telefon / WhatsApp: 014-629 0847

WhatsApp